Contoh Kad Kahwin Digital Mengikut Tema (5 Gaya)
19 Oktober 2026
Memilih tema ialah keputusan pertama yang paling menyeronokkan apabila membuat kad kahwin digital. Di bawah kami kumpulkan contoh sebenar mengikut lima tema dalam koleksi kami — setiap satu boleh terus dibuka dan dibuat. Kalau anda belum pasti tema mana yang sesuai dengan majlis anda, baca dahulu panduan memilih tema kad kahwin; halaman ini pula menunjukkan contoh.
Semua template menyertakan RSVP automatik, peta Waze & Google Maps, buku ucapan dan muzik latar, dan bayar sekali. (Salam kaut & DuitNow QR disertakan pada pakej Premium ke atas.)
Bunga (floral) — lembut dan romantik
Tema bunga sesuai untuk majlis yang mahu terasa hangat dan manis. Contoh popular: Biru Kaca (reka bentuk paling laku), Sakura Impian dan Ungu Lembut. Lihat semua di kategori Bunga.
Islamik — sopan dan beradab
Sesuai untuk walimatulurus dengan nada tenang, dengan pilihan menampilkan basmalah pada muka depan. Contoh: Zamrud Mihrab dan Ungu Hilal. Untuk muka depan kaligrafi mewah (pakej Eksklusif), lihat Merak Kencana. Semua di kategori Islamik.
Minimalis — bersih dan kemas
Untuk pasangan yang percaya "lebih sedikit itu lebih bermakna" — tumpuan pada nama, tarikh dan lokasi tanpa gangguan. Contoh: Dedaun Serai dan Sekuntum Daisy. Lihat kategori Minimalis.
Moden — segar dan kontemporari
Susun atur terkini yang menonjol pada skrin telefon, sesuai untuk majlis bandar atau hotel. Contoh: Denai Kasih dan Skuter Cinta. Lihat kategori Moden.
Tradisional — klasik dan beradat
Meraikan warisan dengan sentuhan songket dan motif klasik, sesuai untuk majlis adat dan bersanding. Contoh: Songket Kasturi dan Songket Bunga. Lihat kategori Tradisional.
Dah jumpa yang berkenan?
Setiap template boleh dibuka terus dan dibuat dalam beberapa minit. Lihat semua template, atau jika anda baru bermula, baca cara buat kad kahwin digital.
Lihat Contoh Kad Mengikut Tema
Setiap contoh ialah template sebenar — ketik untuk buka dan terus buat.