Siap dikongsi ke WhatsApp dalam 15 minit
Kad Jemputan Kahwin Digital Untuk Hari Bahagia Anda. Siap Sepantas 15 Minit!
Cipta kad kahwin interaktif yang memukau tetamu anda. Dilengkapi dengan navigasi peta automatik dan sistem RSVP pintar untuk melancarkan perancangan majlis anda, terus dari telefon pintar.
Bayar sekali sahaja · tiada langganan · tiada caj tersembunyi
4.9/5
500+ ulasan · 1,000+ pasangan
- Siap 15 Minit Siap Dalam 15 Minit
- Lagu & RSVP Lagu & RSVP Auto
- WhatsApp 24/7 Sokongan WhatsApp 24/7
Bagaimana ia berfungsi
Tiga langkah mudah
-
1
Pilih Template
Puluhan gaya siap direka. Tapis mengikut kategori dan warna, atau taip kod template terus kalau anda sudah ada pilihan.
-
2
Isi Butiran
Borang berpandu, bukan editor rumit. Taip nama, tarikh dan lokasi, kad tersusun sendiri sambil anda menaip.
-
3
Kongsi ke WhatsApp
Satu pautan pendek untuk semua tetamu. Setiap kali anda ubah butiran, pautan yang sama terus dikemas kini.
Template
Pelbagai gaya kad kahwin, bukan satu rasa
Sakura Impian
Floral cat air
Zamrud Mihrab
Islamik moden · Premium
Mawar Suci
Floral Klasik · Premium
Mawar Senja
Floral cat air
Kasih Delima
Floral cat air · Premium
Laman Ungu
Floral pemandangan · Premium
Zamrud Anggun
Floral mewah · Premium
Maroon Lembut
Floral cat air · Premium
Pic Klasik
Floral klasik
Semua yang majlis anda perlukan
RSVP automatik
Tetamu isi kehadiran, bilangan dewasa dan kanak-kanak. Anda dapat jumlah sebenar tanpa kira sendiri dalam WhatsApp.
Salam kaut
Nombor akaun dengan butang salin dan kod DuitNow QR yang boleh dibesarkan, tanpa tetamu perlu bertanya.
Waze & Google Maps
Dua butang navigasi terus ke lokasi tepat. Waze diletak sama besar, bukan disembunyikan di bawah.
Muzik latar
Pilih dari pustaka berlesen. Tetamu yang tekan sendiri, tiada bunyi mengejut ketika mereka di dalam meeting.
Countdown & kalendar
Kiraan detik ke hari majlis, dan satu ketikan untuk simpan tarikh ke kalendar telefon tetamu.
Buku ucapan
Doa dan ucapan tetamu terkumpul di satu tempat, dan anda boleh sembunyikan mana-mana yang tak sesuai.
Harga
Bayar sekali, guna sampai habis majlis
Tiada langganan, tiada caj tersembunyi. Kad hidup sebaik anda menerbitkannya, jadi anda boleh siapkan seawal yang anda mahu, dan ia kekal aktif sehingga sebulan selepas majlis.
Asas
RM15
Pilih Asas- Template kategori Asas
- RSVP tanpa had
- Peta Waze & Google Maps
- Countdown & buku ucapan
- Muzik latar
- Salam kaut & DuitNow QR
- Alamat kad tersuai
- Buang jenama
Premium
RM30 RM45
Pilih Premium- Semua template termasuk Premium
- RSVP tanpa had
- Peta Waze & Google Maps
- Countdown & buku ucapan
- Salam kaut & DuitNow QR
- Muzik latar
- Alamat kad tersuai
- Tanpa jenama kami pada kad
Eksklusif
RM45 RM60
Pilih Eksklusif- Reka bentuk eksklusif
- Cop lilin foto realistik pada muka depan
- Fon nama kaligrafi eksklusif
- Sokongan keutamaan
- Semua template termasuk Eksklusif
- RSVP tanpa had
- Peta Waze & Google Maps
- Countdown & buku ucapan
- Salam kaut & DuitNow QR
- Muzik latar
- Alamat kad tersuai
- Tanpa jenama kami pada kad
Soalan lazim
Perkara yang biasa ditanya
Berapa lama masa diperlukan untuk siapkan kad?
Siap dalam 10 hingga 15 minit kalau butiran majlis sudah ada di tangan. Anda boleh simpan sebagai draf dan sambung bila-bila masa, semua yang ditaip disimpan automatik.
Boleh saya ubah butiran selepas kad dikongsi?
Boleh, tanpa had. Pautan kekal sama, jadi tetamu yang sudah menerima pautan akan terus melihat versi terkini, anda tidak perlu menghantar semula kepada semua orang.
Berapa ramai tetamu boleh RSVP?
Kedua-dua pakej Asas dan Premium menerima RSVP tanpa had, tiada kuota respons langsung. Hantar pautan kepada seramai mana tetamu yang anda mahu.
Bila kad tamat tempoh?
Sebulan selepas majlis terakhir anda, bukan sebulan selepas anda bayar. Kad hidup sebaik anda menerbitkannya, jadi ramai pengantin menyiapkannya dua atau tiga bulan awal dan pautan itu kekal berfungsi sepanjang masa itu. Kalau majlis ditangguh, tukar tarikh dalam kad dan tempoh memanjang sendiri.
Apa jadi kepada kad selepas tamat tempoh?
Kad akan menunjukkan halaman "telah tamat tempoh" dan tidak lagi menerima RSVP. Anda ada 30 hari selepas itu untuk melanjutkan tempoh atau memuat turun senarai tetamu sebagai CSV. Selepas 30 hari, kad dan semua data tetamu di dalamnya dipadam sepenuhnya, jadi muat turun dahulu apa yang anda mahu simpan.
Bolehkah saya letak ayat Al-Quran dalam kad?
Boleh. Kami sediakan basmalah dan beberapa petikan yang telah disemak, dan anda juga boleh menaip sendiri teks Arab beserta terjemahan. Kami menyarankan anda menyemak semula petikan pilihan anda sebelum menerbitkan kad.
Bagaimana kalau saya perlukan bantuan?
Hubungi kami melalui WhatsApp pada 011-1073 4979, setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam. Kami biasanya menjawab dalam masa sejam.
Abadikan Momen Indah Dengan Kad Jemputan Kahwin Digital
Bina kad impian anda hari ini. Pembayaran hanya diperlukan apabila anda sedia melancarkannya.